KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik tujuh sen seliter menjadikan masing-masing RM1.68 dan R.1.38 seliter bagi minggu 23 Mei 2020 hingga 29 Mei 2020.

Harga runcit diesel pula naik enam sen kepada RM1.51 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, peningkatan harga bahan api itu adalah disebabkan oleh kenaikan harga produk disaring sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah global dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjaga kebajikan dan kesenahteraan rakyat,”katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast