KUALA LUMPUR – Walaupun tradisi memasang lampu perhiasan berwarna-warni itu dimulakan sejak tahun 2018 lagi namun lebaran kali jelas dilihat kemeriahannya apabila rata-rata penduduk di situ akur untuk tidak pulang ke kampung halaman dan menyambut lebaran di kediaman masing-masing.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, muafakat di antara pihak-pihak itu penting untuk memastikan penambahluasan rangkaian jalur lebar dapat dilaksanakan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perbincangan yang diadakan semalam dengan dengan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), SKMM, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) serta syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung kesalinghubungan digital.
“Mesyuarat bersetuju supaya satu pendekatan yang menyeluruh perlu diambil oleh para pengendali perkhidmatan bagi memastikan hak pengguna sentiasa terbela.
“Mesyuarat tersebut juga bersetuju pentingnya muafakat dan kerjasama pelbagai pihak termasuk PBT dan kerajaan negeri, selain agensi-agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya dan sebagainya bagi membantu memudahcara pembinaan nfrastruktur digital ini supaya ianya dapat dibina dengan lebih cepat dan menyeluruh. Kerjasama erat ini adalat amat penting bagi membantu dalam usaha penambahluasan rangkaian gentian fiber optik, 3G dan 4G, sekaligus mengurangkan jurang digital selain mempertingkatkan tahap persaingan di peringkat negeri,” katanya menerusi kenyataan.
Kesalinghubungan digital yang dapat terlaksana menerusi infrastruktur komunikasi yang membangun jelas beliau bukan sahaja penting untuk aspek pendidikan dalam masa yang sama mustahak untuk ekonomi negara.
Selain memberi peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya tatkala negara sedang mengaplikasikan norma baru demi mengawal penularan Covid-19.
“Dalam perkara ini akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti dan mampu milik adalah amat penting.Selain daripada itu, pendigitalan sektor PKS juga adalah penting memandangkan sektor ini mewujudkan peluang pekerjaan dan penyumbang utama ekonomi negara.
“Usaha-usaha dalam e-dagang juga perlu dipertingkatkan supaya semua golongan masyarakat dapat mengambil peluang dan pasaran baharu yang terbuka luas dalam ekonomi digital ini, terutma setelah wabak Covid-19 melanda,” tambah beliau.-MalaysiaGazette