KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuntut kerajaan mengenakan hukuman gantung kepada pesalah yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam usaha menangani kes melibatkan kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk.
Selain itu, Pembela juga mahu penjualan alkohol diharamkan dan lesen memandu pesalah ditahan seumur hidup.
Naib Pengerusinya, Izzat Johari berkata, satu kajian juga perlu dibuat terhadap pemandu mabuk serta mangsa yang terlibat dalam kemalangan.
“Kesimpulan, haramkan penjualan arak, tahan lesen memandu seumur hidup dan hukuman gantung sampai mati,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam kejadian malam tadi seorang lelaki maut selepas kenderaannya dirempuh kereta melawan arus dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Jalan Pintasan Kuantan.
Suspek yang dipercayai memandu melawan arus sejauh 7 kilometer sebelum merempuh kereta mangsa.
Pemandu tersebut telah berjaya ditahan polis.
Video serta gambar-gambar kemalangan dikongsi netizen di laman sosial dan masing-masing melahirkan rasa marah kerana kejadian malam tadi bukan yang pertama seumpamanya berlaku. – MalaysiaGazette
SETUJU….ARAK/ALKOHOL MEMANG HARAM ….KERAJAAN MESTI BERTEGAS TANPA KOMPROMI LAGI.
berulang² kali dah berlaku. Tulun amik tindakan hukuman yg setimpal dan sewajarnyer. Cuba bayangkan klu nyawa yg melayang tu adalah ahli keluarga kita?
pindaan sudah dilakukan dalam akta sedia ada dengan hukuman berat namun disebabkan PKP pindaan akta yang sepatutnya dibentang ke parlimen dan diluluskan untuk kuatkuasa terpaksa ditangguhkan. kena tunggu parlimen bersidang lepas ini dan barulah ia akan dibentang dan diluluskan kelak
Nyawa dibayar nyawa…mabuk bukan alasan untuk membunuh. Hukum gantung mandatori perlu dilaksanakan segera untuk memgekang masalah pemandu mabuk. Klu nak mabukpun minumlah di rumah jika meminum alkohol itu dikira sebagai hak asasi.