SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyatakan dirinya masih belum dipanggil polis berhubung kes dakwaan rasuah.
Walaupun bekas setiausaha politiknya dan beberapa individu lain telah ditahan namun berdasarkan siasatan nama bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak disebut terbabit dalam kes rasuah itu.
“Saya belum dipanggil tapi dalam siasatan mengikut setiausaha politik saya, nama saya tidak disebut dalam kes ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Pada 16 Mei lalu, Khalid dalam ciapan di Twitter miliknya mengesahkan setiausaha politiknya ditahan reman pihak polis.
Bekas setiausaha politiknya ditahan berikutan aduan daripada sebuah syarikat arkitek yang diberi Perintah Pembangunan (DO) palsu oleh seorang broker.
Khalid juga mengulangi ketegasannya bahawa syarikat arkitek itu diberikan DO palsu oleh seorang ‘broker’ yang menerima bayaran selepas menjaja nama bekas pembantunya, Azli Yusuf yang lebih dikenali sebagai Haji Azli.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Amanah itu melahirkan rasa hairan apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai gambar beliau bersama ‘broker’ yang dituduh itu sedangnya dirinya sendiri tidak mempunyai simpanan gambar berkenaan.
“Saya harap ia selesai kalau dipanggil, saya akan beri keterangan seperti mana yang sepatutnya. Tapi saya pelik gambar Datuk itu (broker) dan isterinya ada pada Najib dan dia tweet gambar itu.
“Saya hairan gambar-gambar yang saya tidak ada termasuk Datuk itu datang majlis jamuan raya, dia tunggu saya masuk kereta ada pada Najib, pelik betul, mungkin geng dia kot,” katanya.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mendedahkan beberapa gambar Khalid bersama broker yang dituduh dalam aktiviti rasuah itu namun dinafikan pemimpin Amanah itu dirinya mengenali individu terbabit. – MalaysiaGazette
Apa yang harian, berani buat tak berani mengaku lol. Sekarang mana-mana pun ada perisik, apa harian. Kalau tak buat salah, apa takut lol.
hahahahha..melayu mudah lupa..
Najib kan peminat broker.. Pastila dia ambil berat termasuk simpan gambar broker khalid…kira ok la tu…
Abis lh kau Lid..Aku x nk bertanggung jwb. Sndri buat, sndri tanggung la brader..
Penafian dn menafikan…. Permainan kaki kencing geng2 ph ni…lama lg sikit boleh jd gempar negara dgn pembongkaran demi pembongkaran seleweng n salahlaku geng2 ph ni… Lbh2 lg isu bon samurai nti…
Lid dah cuak dah sbb bukti2 pertemuan sulitnya telah beredar sebelum sempat menghapuskannya disbbkn inilah bagai suara tersekat keras dikerongkong beliau sanggup terpaksa utk disoalsiasat. Ttg gambar Najib dpt bukan isu sgt yg isu ngerinya camna bangkai ni tak kenal broker tu sdgkan siap ceom molot lidah bergolong2..
Aduhai, lembab lah dia ini, berita gambar kamu dengan broker dah tersebar sebelum raya lagi. Tengoklah sabahkini2. Jadi lah macam Najib sudah tiada kerja rajin-rajin lah tengok internet cari maklumat. Jangan asyik nak meratib untuk jadi menteri semula.
ramai orang yang tak suka termasuk kawan kawan jadi depa petik lah gambaq bagi kat najib..awat ingat mereka di keliling hang tuh betui sangat ka?