ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti di Bursa Malaysia oleh pelabur asing perlahan pada minggu lalu kepada RM714.7 juta berbanding RM843.2 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research dalam laporan mingguannya berkata, pelabur asing melupuskan sebanyak RM122.3 juta pada Isnin lepas

Malah, volum dagangan di bursa juga mencecah rekod tinggi sebanyak 11.2 bilion saham pada hari sama, dipacu oleh dagangan dalam saham-saham berkaitan infrastruktur minyak dan gas berikutan prospek memulakan semula projek-projek mega.

Firma penyelidikan itu menambah, tahap penjualan bersih asing sedikit menurun kepada RM93.8 juta pada Selasa lalu, dicetuskan oleh hasil percubaan positif vaksin Covid-19 oleh pembuat ubat Moderna.

Jualan bersih asing selama 10 hari terhenti pada hari Rabu selepas pelabur asing membeli sebanyak RM700,00 ekuiti tempatan.

Bagaimanapun, aliran masuk asing terbatas selepas pelabur asing kembali menjual sebanyak RM178.9 juta pada hari Khamis.

Jualan bersih asing melonjak menjadi RM320.3 juta, tertinggi selama seminggu, ketika para pelabur menjangkakan peningkatan ketegangan AS-China setelah Beijing secara efektif mengusulkan agar undang-undang keselamatan China diterapkan di Hong Kong, kata MIDF Research. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast