SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai nama calon Perdana Menteri sekiranya gabungan parti itu kembali mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya daripada Perikatan Nasional.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad bagaimanapun enggan mendedahkan nama calon Perdana Menteri tersebut pada masa ini sehingga usaha merampas Kerajaan Persekutuan tercapai.
“Ya (calon PM), sudah dan sedang, Insya-Allah. Satu jawatan, satu calon sajalah. Tiada calon backup, tapi dia calon yang akan dipersetujui oleh semua pihak dan akan diusahakan dengan secepat mungkin.
“(Siapa calon) itu kita akan tunggu bila rundingan itu sudah selesai. Dia akan sepakat bila semua rundingan itu selesai, syarat dan sebagainya, semua dah setuju, maka sepakatlah.
“Sekarang cuma belum ada perincian lagi, sebab ada beberapa perkara yang perlu kita lebih teliti berbanding dulu. Dulu bila kita masuk pilihan raya, kita tak pasti kita boleh menang, kita belum sampai ke perinciannya,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menafikan dakwaan kononnya PH dalam keadaan berantakan dan bagaikan retak menanti belah.
“PN menggambarkan seolah-olah PH berpecah, hakikatnya tidak. Kita sedang berunding dan berbincang mengenai beberapa persoalan yang Insya-Allah akan dapat kita selesaikan tidak lama lagi untuk PH kembali mendapat sokongan padu,” katanya.
Katanya lagi, gambaran itu sengaja ditimbulkan semata-mata untuk menghalang ahli-ahli Parlimen yang pernah melompat keluar daripada Barisan Nasional (BN), Pas dan Bersatu kembali ke pangkuan PH.
“Gambaran bahawa PH berpecah ini ditularkan dengan tujuan untuk menentukan ahli-ahli Parlimen yang berada atas pagar ini takkan datang menyebelahi PH.
“Dia sebarkan khabar angin kononnya ada lagi ahli Parlimen PKR akan lompat, dia bagi gambaran bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar bergaduh.
“Dengan cara ini mereka yang di atas pagar dan yang tidak puas hati dengan PN itu dia tak berani nak kembali setelah melompat. Itu strateginya, saya nak beri jaminan bahawa kita bersatu, kita padu, hanya sekarang ini kita sedang lakukan perincian,” katanya.
Sementara itu, Khalid tidak menolak kemungkinan PH menggunakan undang-undang untuk merampas kembali kerajaan, jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani memberi laluan kepada usul tidak percaya dibawa ke Parlimen.
“Masa ini kita nak bagi Muhyiddin peluang kalau dia manusia bermaruah untuk benarkan undi tidak percaya di Parlimen, kalau dia tidak sanggup maka kita terpaksa guna apa jua cara yang dibenar undang-undang.
“Sekarang kita nak beri ruang dia lakukan apa yang terhormat, kalau dia tak sanggup kita terpaksa melakukan apa yang perlu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Usul la bubar Parlimen senang pengundi nk buat keputusan terajang hangpa pi jauh jauh Lid , buang masa lah ,, tunggu tgk Prk Cini ni dulu mcmna , rakyat sokong ka tolak .
Gila laa lid ni bubar perlimen laaa biaq hampa bungkuih semua pakatan hancing…
cadangan bagus…bubar parlimen. senang kasi bungkus KO PH dgn Lid Lid sekali. Keadaan udah jauh berbeza dgn PRU14 dulu.
Macam mana parti anak pula sukahati nak buat pengumuman calon PM, sedangkan nak pilih ketua prmbangkang pun tidak tetap, inikan pula hendak pilih calon PM. Anak beranak Anwar songkong ke Tun jadi PM semula, atau Sadiq & Warisan sokong ke Anwar jadi PM. Kalau susah sangat nak pilih, lebih baik pilih Abang Mat untuk jadi PM, sebab dia ada pengalaman jadi Menteri Pertahanan.
Bagilah 10 calon sekalipun rakyat dah tak percaya dengah ph haprakni lid.buang masa kau je buat stement kat media sosial