KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta supaya menjadi pemimpin beradab dengan menghormati keputusan Yang di Pertuan Agong yang memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang kelapan.
Malah, mereka juga perlu berhenti daripada bermain politik dan cuba berebut kuasa dengan Perikatan Nasional (PN) yang kini sedang mengemudi tampuk pemerintahan negara, kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.
Beliau berkata, Ahli Parlimen PH sepatutnya memberikan fokus kepada kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi negara pasca Covid-19 lebih-lebih lagi ketika ini ramai yang hilang mata pencarian.
“Beberapa hari kebelakangan ini, tersebar berita-berita dan tulisan-tulisan di laman sosial oleh pimpinan Pakatan Harapan bahawa mereka mempunyai majoriti ahli Dewan Rakyat untuk kembali menerajui Putrajaya.
“DPIM menyeru Ahli Parlimen PH dan penyokong mereka untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Sidang Dewan Rakyat pada minggu lepas dan jadilah Ahli Parlimen yang beradab.
“Yang Di-Pertuan Agong sudah bersikap adil dengan memberikan sinopsis krisis politik tersebut yang terjadi rentetan perletakan jawatan Perdana Menteri ke-7.
“Jelas Perikatan Nasional bukan kerajaan pintu belakang. Rumah PH yang sendiri dihancurkan, manakala PN menjadi penyelamat kepada rakyat dan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Shahir mendakwa, dengan apa yang berlaku ketika ini ia jelas menunjukkan bahawa nafsu serakah pemimpin PH untuk menghancurkan PN jelas dapat dilihat.
Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin telah menunjukkan prestasi yang amat baik terutama ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi berbanding ketika PH memegang tampuk pemerintahan negara.
Ujarnya, rakyat sudah “jelik” dengan permainan politik PH dan perebutan kuasa beberapa individu pimpinan parti itu seolah-olah mereka sedang kepanasan.
“Rata-rata rakyat sudah muak dan mual jika berlaku perubahan kerajaan sekali lagi.
“DPIM yakin Yang di-Pertuan Agong menggunakan kebijaksanaan dalam menstabilkan sebarang polemik politik yang baru. Kalau PH betul-betul anak jantan, ayuh kita ke gelanggang PRU-15,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Hak ph bukan pn yang menang mesti ambil balik sekarang kerajaan rampasan saja patut malu la sikit nak perintah tunggu menang pru15
Sape suruh tun letak jawatan kan dah hancur semua. Lepas tu nak menagis mau kerajaan balik.