KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menutup sepenuhnya Taman Tasik Titiwangsa kepada orang awam mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kelak.
Langkah ini untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 disebabkan kehadiran pengunjung yang ramai di taman ini.
Walau bagaimanapun aktiviti berjoging masih dibenarkan di luar taman dan sekeliling taman, kata DBKL menerusi hantaran di Facebook.