KUALA LUMPUR – Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan ia bukan halangan apabila memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur walaupun berlainan agama.

Perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast