Dr Mizan Mohammad Aslam

KUALA LUMPUR – Polisi jenayah rentas sempadan antara punca kenapa negara ini menjadi sasaran dan pilihan warga asing menceroboh masuk dan melakukan aktiviti jenayah di sini.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, dengan kapasitinya sebagai penganalisis keselamatan negara, dia mengambil sebagai contoh kes kapal asing masuk secara haram di Kuala Perlis di mana kapal itu ditahan dan diambil semula oleh pemiliknya pada waktu malam.

“Berbeza dengan Indonesia, semua kapal asing yang masuk secara haram dirampas dan diletupkan bom, anak kapal ditangkap dan dibicarakan.

“Susulan itu, berlaku penurunan mendadak kemasukan kapal asing ke Indonesia kerana polisi ketat diamalkan kerajaan mereka.

“Ini soal keselamatan negara tiada kompromi dan seharusnya tindakan lebih tegas diambil,” katanya baru-baru ini.

Sehubungan itu, Dr Mizan meminta kerajaan meneliti semula mana-mana mekanisme yang membuka ruang dan peluang jenayah contohnya banyak aktiviti jenayah termasuk curi pasir dilakukan pada sebelah malam, dipercayai kerana tempoh rondaan penguatkuasa banyak di waktu siang hari sahaja.

“Selain meningkatkan rondaan, semakan aktiviti dengan permit yang diluluskan kerajaan negeri juga penting.

“Jangan pula penjenayah menggunakan permit sah untuk menutup aktiviti haram mereka lakukan.

“Jabatan Laut, APPM, Polis Marin, Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan, Majlis Keselamatan Negara serta pemikir-pemikir perlu duduk semeja berbincang untuk mengetatkan lagi polisi agar ia dapat diperkasa demi keselamatan tanah air,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenapa penjenayah antarabangsa sasar laut Malaysia?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast