KUALA LUMPUR – Balu kepada penghantar makanan Food Panda yang terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar awal pagi semalam mahu kes yang meragut nyawa suaminya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Zahlawatti Dahlan, 47, menegaskan, dia mahu mendapatkan keadilan terhadap Allahyarham suaminya, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang terbunuh angkara perbuatan pemandu mabuk.
“Dia telah meninggalkan kami dan tidak akan kembali. Saya tidak mahu orang lain mengalami penderitaan yang sama.
“Duit boleh dicari tetapi nyawa tidak dapat diganti,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, hari ini.
Zahlawatti berkata, dia kini terpaksa menyara empat orang anak tirinya berusia tujuh hingga 15 tahun dan anak mereka sendiri, berusia enam tahun, selepas kesemua anaknya kehilangan insan yang tersayang.
Katanya, dia mungkin mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri selepas kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung untuk mereka sekeluarga.
“Tuhan telah mengambil dia (suami) daripada kami. Dia seorang yang sangat baik,” ujarnya yang memberitahu tindakanya itu bukanlah bersifat perkauman sebaliknya mahu mendapatkan keadilan.
Zahlawatti pergi ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan dengan ditemani peguamnya, Syamil Sazili.
Syamil ketika dihubungi MalaysiaGazette memberitahu, pihaknya meminta agar polis menukar siasatan kes itu daripada Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Pemandu itu cuba melarikan diri setelah melanggar mangsa. Jadi kami percaya ada unsur pembunuhan di situ. Kami berharap polis akan memandang serius perkara itu dan menyiasat semula tuduhan tersebut,” katanya.
Tambahnya, sebelum ini seorang pemborong ikan, Teoh Kian Peng, 41 tahun, didakwa membunuh seorang lelaki dalam kemalangan di Jalan Kuantan pada 25 Mei lalu.
Teoh dikatakan memandu melawan arus dan melanggar Irwan Herman Kamaruddin, 41 hingga menyebabkan kematian.
Khor Yong Zhang, 21, pemandu dalam kemalangan yang membunuh Zaili pada 1 Jun, mengaku tidak bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, Khor dikatakan telah melanggar motosikal Zaili sehingga menyebabkan dia terbabas dari kenderaannya.
Dia meninggal dunia serta-merta kerana kecederaan parah di kepala.
Berdasarkan keterangan saksi dan video yang tular motosikal yang dinaiki Zaili diseret sejauh kira-kira 2 kilometer. – MalaysiaGazette
3 ekor kutu pak pacak tu dah kebal covid19 ke?
setuju charge pemandu mabuk mmbunuh..supaya jdi pengajaran pd yg lain..kes ni serius sbb melibatkn nyawa dn kebanyakkan kehilangan tempat bergantung.kerana dia mabuk,org mati.adil kah dgn denda saja…gantung sampai matiii….
Ada saya baca di fb, penerangan berkaitan tuntutan, harapnya membantu. Minta juga lwyer2 yg memperjuangkan apa barang lh kan bagi service free buat tuntutan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3125081877549573&id=100001433746562&sfnsn=mo
Setuju agar caj under kes bunuh sbb pemandu nampak tunjuk isyarat jari ‘good’ thumbs up dlm clip video.
Semua kes PEMANDU2 MABUK YANG MELANGGAR POLIS, ORANG AWAM SEHINGGA MATI PERLU DIKLASIFIKASIKAN SEMUA SEBAGAI KES BUNUH!
Ramai juga yang tidak YAKIN dengan magistrate2 atau hakim2 yang mengendalikan kes sedemikian terutamanya hakim2 pompuan. Mereka tidak menggunakan peruntukan penjara maksimum yang ada!
Hakim cap ayam ke apa?