PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, dasar parti untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) adalah lebih besar daripada jasa bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Justeru itu katanya, mana-mana ahli mahupun pemimpin tidak seharusnya mempersoalkan sebarang keputusan yang dibuat parti.
Ini kerana parti telah membuat keputusan menggugurkan Syed Saddiq dan tidak menjejaskan perkembangan parti.
“Memang tidak dapat dinafikan sumbangan Syed Saddiq selaku antara pengasas parti dan Armada. Bagaimanapun parti yang ditubuhkan ini berdiri atas semangat perjuangan kebangsaan Melayu dan Bumiputera maka sebesar manapun tokoh dan banyak mana pun jasa mereka kepada parti, dasar dan falsafah perjuangan itu lebih besar.
“Itu yang menjadi kayu pengukur kepada masa depan parti. Kalau kita lihat pada hari ini mengapa Perikatan Nasional diterima umum, kalau kita lihat dari segi rating khususnya kepada Muhyiddin majoritinya rakyat Malaysia khususnya orang Melayu boleh menerima kepimpinan yang ada pada hari ini.
“Ini antara perkara yang perlu diambil perhatian terbang masa depan Armada,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Ketua Penerangan Bersatu Titiwangsa itu berkata, Armada tidak mempunyai masalah untuk meneruskan perjuangan biar pun tanpa Syed Saddiq.
Bagaimanapun jelasnya lagi, sememangnya Bersatu merasakan satu kehilangan yang besar tanpa kepimpinan Syed Saddiq.
Katanya umum mengetahui Armada ditubuhkan atas jasa Syed Saddiq dan itu adalah realiti yang tidak dapat dinafikan oleh parti.
“Saya rasa tidak ada masalah untuk Armada untuk berkembang jauh walaupun tanpa Syed Saddiq di dalamnya.
“Saat agak berduka cita kerana beliau memilih jalan ini di mana sebenarnya beliau boleh bersama kami. Saya rasa satu kehilangan besar kepada parti kerana Syed Saddiq mempunyai bakat dan berjasa dan boleh bawa parti ke satu tahap yang lebih baik walaubagaimanapun sayang beliau pilih untuk berbeza pandangan secara dasar.
“Ini mengakibatkan pengguguran keahlian Bersatu dan perkara ini kita tidak boleh berunding sama sekali kerana melibatkan hala tuju dan masa depan parti,” katanya ketika ditanya tentang pengguguran keahlian Syed Saddiq.
Sebelum ini, media melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat yang lain iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan daripada parti itu. – MalaysiaGazette
Jasa Saddiq? Jasa apa? Ini bercakap tentang SHIT ke apa?
Tanpa nama x der perasaan mna nmpak jasa