Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

KUALA LUMPUR – “Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya, saya akan letak jawatan demi memperkukuhkan Bersatu.”

Itu luahan Dr. Shahruddin Md Salleh supaya ia dapat menumpukan tugas kepada partinya, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Beliau merujuk kepada pentingnya ahli-ahli parti bersatu walaupun dalam kemelut kepimpinan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang berlaku sekarang.

“Saya ambik keputusan untuk menyertai PN (Perikatan Nasional) dan menyokong TSMY jadi PM (Perdana Menteri). Beliau telah dapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dari kalangan ahli-ahli Parlimen,

“Sebagai ‘budak’ TSMY pastinya saya amat gembira apabila beliau menjadi PM,

“Saya bertanya pada diri sendiri, adakah Perikatan Nasional PN ini telah wujud sebagai badan sah? Lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran ROS,

“Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Namun pada Shahrudin,, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi antara ahli-ahli Parlimen yang bersetuju TSMY sebagai PM,

“PN bukan gabungan parti-parti, apatah lagi saya belum lihat, kaji dan bahas sedalam-dalamnya Perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agong Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan disitu bahawa Bersatu telah Bersetuju masuk PN?

“Bolehkah ditafsir Tun masok pembangkang? Sokong parti pembangkang..Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial,… kita saling melondeh kain sendiri,.. di viral,.. dah tak ada segan silu lagi,.. mana kita dapat budaya begini rupa.

“Saya jugak tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Bersatu yang pertama.

“Saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, … betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun dan TSMY dan rakan-rakan,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Gading itu juga menceritakan pertemuannya dengan Mahathir pada Jumaat lalu ekoran pemecatannya sebagai ahli oleh Setiausaha Kerja Bersatu.

“Saya berjumpa Tun hari Jumaat lepas antara lain sebagai reaksi surat SUK kepada Tun, yang kandungan nya kata, Tun dah gugur keahlian Bersatu secara automatik, disqualified himself,..

“Pulak gitu,..Perlembagaan Bersatu ditafsirkan begitu, katanya oleh pakar undang-undang. Tun dah duduk di barisan pembangkang di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan lepas. Maka Tun dah masok pembangkang,

“Saya tanya Tun, betul kah Tun dah masuk parti pembangkang? Tidak sekali-kali katanya! Tun nafikan,” katanya.

Beliau juga mengimbas kembali jasa Mahathir membina Bersatu dan faktor bekas PM itu menarik ramai menyertai parti.

“Hari ini hari Isnin, tanggal satu Jun 2020 (semalam) saya berjanji nak buat kenyataan, azam dan hala tuju saya dalam Bersatu dan kerajaan, tidak ada niat lain saya,..

“Saya nak lihat Bersatu kuat dan kukuh; sayang saya pada Bersatu mengatasi sayang saya pada Tun dan TSMY,… Barang di jauhkan sekali parti Bersatu di lihat sebagai melukut di tepi gantang dan ahli-ahli awal yang tulin dalam perjuangan pula dipingggirkan,” katanya.

Malah andaikata beiau perlu meninggalkan rakan-rakan PN dan kembali semula kepada Pakatan Harapan (PH) dan di situ ada Jaminan Bersatu akan kuat dan terus hidup dan beliau akan melakukannya.

“Akhir kalam untuk kali ini, cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU-15 nanti? PN atau PH?

“Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Dato.. Pru15 Bersatu hanya tinggal nama.. Semuanya akn disejukbekukan oleh umno.. Jgn harap umno nk beri kerusi
    Pandangan saya kembali lh bersama TUN dan rakan berlima

  2. hahha….xpelah..biarlah.. BErsatu ni.. dah terlondeh ke… xkisah pun..tunggu ko PRU15.. kalo ko nk sgt bersekongkol ngn PH yg ada DAP.. tu.. pergilah kat diorg… konon..nk ngn Tun M konon..Heloo..aku ni.. umur dh 38thn.aku.. dh tgk lah.. Tun M n kroni2 nya menjahanamkan bangsa Melayu.. sebagai org mengaku melayu akan sama 2 membangunkan negara…ini x…masih lg menyatakan melayu bacul..malas… menikam bangsa sendiri

  3. Dr. Shahruddin Md Salleh ni kalau nak letak jawatan letak lah!!! TIADA SIAPA NAK HAIRAN!

    Tak payahlah nak ugut2, tengok MUKA pun jenis SPECIS yang MENGEJAR PANGKAT dan KEDUDUKAN, bukan jenis yang ikhlas memperjuangkan rakyat!!!

    Tengok MUKA pun dah TAHU!

Comments are closed.