Donald Trump. foto AP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengancam untuk menghantar tentera bagi menangani tunjuk perasaan di Amerika Syarikat (AS) susulan kematian George Floyd ketika dalam tahanan polis.

Katanya, jika bandar-bandar dan negeri-negeri gagal mengawal tunjuk perasaan dan melindungi penduduknya, tentera akan digunakan untuk menyelesaikan masalah itu.

Tunjuk perasaan akibat kematian Floyd telah berlarutan sejak tujuh hari lalu.

Ketika Trump membuat kenyataan tersebut, polis menyuraikan tunjuk perasaan di taman berhampiran dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah.

Trump kemudian melintasi taman dan bergambar di sebelah gereja yang rosak, menimbulkan kritikan meluas dalam kalangan orang ramai yang menuduh presiden itu sengaja mensasarkan penunjuk perasaan yang berdemonstrasi secara aman.

Beberapa bandar utama telah melaksanakan perintah berkurung termasuk New York yang dikuatkuasakan sekatan pergerakan sehingga jam 5 pagi pada hari Selasa.

Washington pula melanjutkan perintah berkurung untuk tempoh dua malam lagi.

Tetapi demonstrasi sebahagian besarnya berterusan tanpa henti.

Penunjuk-penunjuk perasaan menunjukkan dalam rakaman vidoe bagaimana Floyd, 46, ditangkap di Minneapolis pada 25 Mei dan seorang polis berkulit putih berlutut di lehernya walaupun Floyd mengaku tidak dapat bernafas.

Anggota polis itu, Derek Chauvin, telah didakwa dengan dakwaan pembunuhan tahap tiga dan akan muncul di mahkamah minggu depan.

Tiga pegawai polis lain telah dipecat.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mengesahkan Floyd dibunuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast