Bersatu
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengadakan mesyuarat pada malam ini tanpa menjemput pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu edaran panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya kini berlegar di media sosial yang menyenaraikan jemputan ke mesyuarat tersebut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dirujuk sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi.

Turut dijemput naib-naib presiden, ketua srikandi, setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan dan ahli-ahli MPT.

Edaran tersebut juga tidak menyenaraikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhirz Mahathir dalam jemputan.

Sumber rapat dengan Dr Mahathir ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan bekas perdana menteri itu tidak dijemput.

Muhyiddin hari ini kembali bertugas di pejabat selepas selesai menjalani kuarantin 14 hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Bust apa nak jemput dia. Dia bukan ahli bersatu. Dia kan bakal jadi ahl8 DAP. Ganti Lim kit Siang kalau ikut perancangsn DAP.

Comments are closed.