PUTRAJAYA – Sekarang bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya diadakan memandangkan negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, kekangan mengadakan pilihan raya seperti sebelum ini termasuklah proses berkempen dan berhimpun yang sudah tentu tidak dibenarkan pada waktu ini bagi mengelakkan penularan wabak berlaku.
Kerajaan juga jelas beliau memerlukan wang yang banyak kerana pilihan raya memerlukan perbelanjaan yang besar.