Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali menggesa penubuhan Akta Anti Islam dan Raja atau Akta Kedaulatan Islam dan Institusi Raja bagi menangani isu  penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu.

Katanya, akta itu perlu diwujudkan menggunakan modus operandi yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) khususnya dari aspek penghukuman.

Cadangan yang dihasilkan oleh Putra dan Perkasa susulan daripada perubahan landskap politik mutakhir ini  dalam masa sama mendorong tercetuskan isu penghinaan Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja dengan penghinaan, penggunaan kata-kata kesat termasuk mempersoalkan fungsinya dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Semua kedurjanaan ini berlaku adalah kerana Akta ISA telah dimansuhkan kerana ada pihak tidak rasa takut lagi dan pihak polis tidak ada lagi alat pencegahan seperti Akta ISA.

“Maka sebab itu Parti PUTRA dan PERKASA mendesak melalui resolusi sebelum ini dan dimuktamadkan dalam 10 Sumpah Keramat PUTRA bahawasanya wajib diwujudkan akta baru yang dinamakan Akta Anti Islam dan raja atau Akta Kedaulatan Islam dan institusi raja yang mengunakan modus operandi seperti Akta ISA.

“Tahanan Reman Tanpa Perintah 30 hari untuk siasatan dan Tahanan Tanpa Bicara 2 tahun serta seterusnya. Ianya juga termasuk hukuman mandatori rotan dan penjara yang mana didakwa di mahkamah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan, merafak sembah, ikrar setia, menjungjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan pada 8 Jun ini.

Meskipun cadangan itu telah didikemukakan kepada Jawatan Kuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu namun menurut Ibrahim sehingga hari ini tidak ada perkembangan terkini dan respon yang diterima pihaknya.

“Sudah berbulan lamanya dan tidak ada khabar berita. Doa semoga mendapat perhatian Majlis Raja-Raja dan kerajaan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.