WELLINGTON – New Zealand tidak mempunyai kes aktif Covid-19 untuk pertama kalinya sejak 28 Februari, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada hari ini.
Individu terakhir yang dipantau untuk koronavirus kini dibebaskan daripada pengasingan kerana bebas daripada gejala dan dianggap pulih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Ashley Bloomfield.
New Zealand akan membuat pengumuman jika ia akan menarik balik paraturan penjarakan sosial dan sekatan ekonomi, tanpa kawalan sempadan. – MalaysiaGazette