KUALA LUMPUR – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rapid KL mengumumkan tiada lagi langkah penjarakan sosial di tren dan stesen kendaliannya bermula esok.
Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Abdul Hadi Amran berkata, prosedur standard operasi (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan membenarkan kesemua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM Intercity beroperasi pada kapasiti 100 peratus.
“Dengan itu, bermula esok, LRT laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling, MRT dan Monorail yang dikendalikan oleh Rapid KL akan menamatkan peraturan penjarakan sosial semasa menaiki tren.
“Penanda penjarakan sosial di dalam tren serta di stesen telah pun ditanggalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun menurut Abdul Hadi, prosedur keselamatan dan kesihatan seperti pemeriksaan suhu terhadap pekerja dan penumpang, pemakaian pelitup muka dan penggunaan hand sanitizer diwajibkan seperti biasa.
Transaksi tanpa tunai seperti pas bulanan atau Touch’nGo amat-amat dialukan.
Beliau turut meminta penumpang supaya memuat naik aplikasi MySejahtera.-MalaysiaGazette
Apahal pula ni. Rakyat disarankan tentang penjarakan sosial tetapi Rapid KL mengambil pendirian yg berlainan.
Tidak rujuk menteri ke?
MOT dh luluskan…lagi mau agiu.. Hahaha
Cer tnya wekasiong