KUALA LUMPUR – Barisan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan dan Warisan bertemu dalam satu mesyuarat yang bermula kira-kira pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Yang hadir pada mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa pemimpin pembangkang.
Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga pengerusi DAP Negeri Sembilan memuatnaik foto mesyuarat sedang berlangsung yang turut dihadiri Mohamad Sabu yang merupakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) di laman Facebook beliau.
“Mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal di Ibupejabat PKR,” tulis beliau.
Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat PKR mendapati media telah mula berkumpul sejak pukul 2 petang menunggu perkembangan terkini hasil mesyuarat tersebut. – MalaysiaGazette
Buat waran tangkap cepat2 sebelum mereka keluar negara.
GOOD START GENG2 MEROYAN MEETING
Yeahh TUN is back
semoga ALLAH hancurkan ph(parti haramjadah),
dah byk kerosakan yg ph(parti haramjadah) nie lakukan
Kali pertama tengok Atok duduk dikerusi TIMBALAN, DEPUTY @ ASSISTANT kepada Non.
Mungkin sudah sampai masa atau mungkin telah MENCAPAI persetujuan penting KOT!