Seorang peniaga tayar dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pagi ini atas kesalahan membawa kenderaan dalam keadaan mabuk di Pasar Ramadan pekan Bukit Sentosa dalam kejadian 22 Mei lalu.
Tertuduh Kang Ming Han, 32, yang hadir sendiri ke mahkamah dengan berpakaian kemeja T hitam dan berseluar jeans biru mendengar dakwaan terhadap dirinya mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memohon dibicarakan setelah pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Seksyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza oleh jurubahasa.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala menetapkan 1 Julai tarikh sebutan semula kes.