KUALA LUMPUR – Defisit negara dijangka melonjak sekali ganda sebagaimana diakui Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelmarin, membuktikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) selama ini benar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, defisit itu berpunca dari pengurusan fiskal negara tidak cekap bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Beliau mendakwa, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan hutang melebihi RM1 trilion sehingga negara tidak lagi mempunyai kemampuan fiskal untuk menanggung kos Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) baru-baru ini.
Jelasnya, defisit akan melonjak melebihi enam peratus dan akibatnya kerajaan terpaksa berhutang lebih banyak untuk mendanai PRE termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Prihatin PKS dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), dengan keseluruhan suntikan terus kerajaan adalah RM45 bilion.
“Dalam keadaan ini, langkah diambil kerajaan PH sebelum ini telah membantu memulihkan keberhutangan negara, terutama mengurangkan liabiliti yang sebelum ini disorok BN daripada penyata imbangan atau off-balance sheet.
“Ini membantu memberikan ruang kepada kerajaan pada ketika ini untuk meminjam bagi tujuan perbelanjaan negara dan PRE.
“Di samping itu, usaha keras PH membawa pulang wang 1MDB yang diseleweng juga dapat membantu mengukuhkan kedudukan fiskal negara ketika ini, selain langkah penjimatan projek mega termasuk ECRL, LRT3, MRT2, KVDT2 dan pelbagai projek infrastuktur lain berjumlah RM47 bilion,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Dalam temubual bersama NST pada Selasa, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, defisit negara dijangka meningkat kepada enam peratus tahun ini dengan pelaksanaan Penjana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat.
Bagaimanapun, menurut Menteri Kewangan itu, angka tersebut tidak terlalu tinggi walaupun dalam Bajet 2020, kerajaan menjangkakan defisit adalah pada kadar 3.4 peratus.
Menurut Faiz, usaha kerajaan PH sebelum ini mengurangkan beban hutang negara juga membuahkan hasil, di mana kadar hutang dan liabiliti negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah jatuh kepada 75.4 peratus pada 2018, berbanding 79.3 peratus pada 2017.
Beliau bimbang, dengan jangkaan defisit enam peratus itu, negara pada masa hadapan akan terdedah kepada bayaran faedah lebih tinggi kerana jumlah hutang akan meningkat di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Ini akan memberikan impak cukup besar bukan sahaja pada tahun ini, malah tahun akan datang.
“Oleh itu, perlunya kerajaan PN membentangkan kaedah mendanai PRE di Parlimen supaya dapat dibincangkan secara terbuka dan disemak imbang secara tuntas.
“Impak terhadap kadar hutang negara juga harus dibincangkan bagi mengelak PN mengulangi taktik BN menyorokkan hutang negara dalam bentuk off-balance sheet,” katanya.
Faiz menjelaskan, jika itu berlaku, negara akan menanggung lebih banyak hutang yang pastinya menambah beban rakyat yang sudah terkesan teruk akibat kos sara hidup dan kehilangan pekerjaan semakin meningkat. – MalaysiaGazette
Buruk khabar dari rupa. Pru 15 nak humban adun pan ni sejauh jauhnya.
Setuju, dasar cari Salah orang jer. Diri sendiri langsung x Salah. Rakyat bukan nak dengar Salah org, rakyat nk dengar pembaharuan yang dibuat.
Masuk bakul ,angkat sendiri Adun PANtat ni..cakap mulut mcm PANtat..tak habis2 cakap pasal hutang 1 trilion..nampk sangat kepala otak dah diracun oleh lim guan eng dan mahathir
22 bulan memerintah PHaruupun buat apa selain salahkan Najib… Goyang PAN***
kerajaan PH mengurangkan hutang?? Kah kah kah..ko ni mimpi ke? Habis duit Petronas korang jarah, aset negara ko lelong..hutang makin bertambah…ko ni gila ke apa??