Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PIMPINAN Pakatan Harapan (PH) bersama bekas pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini menetapkan pengumuman yang mereka akan ‘merampas’ tampuk pimpinan negara pada minggu depan.

Nampaknya hasil ‘pertemuan’ pertama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempertahankan dirinya masih Pengerusi Bersatu selepas kerajaan PH tumbang semacam seakan-akan sudah mencapai kata sepakat.

Kali ini PH mungkin sudah siap-siap menetapkan siapa calon Perdana Menteri (PM) selepas mengambil pengajaran daripada perkara yang lepas-lepas.

Dengar kata, Anwar telah dipilih walaupun dengar kata masih ada dalam kalangan pimpinan PH masih mahu Mahathir menjadi semula PM.

Mereka mahu Mahathir menyelesaikan tugasnya yang tergendala selepas Perikatan Nasional merampas kuasa.

Jika Mahathir sekali lagi jadi PM, sejarah menyaksikan beliau sosok yang menjadi PM buat kali ketiga sejak tahun 1981.

Namun jika ‘rampasan’ berjaya sudah pasti kerusi PM milik Anwar kerana janji-janji yang gagal ditepati selepas PRU-14 perlu ditebus dan para penyokongnya sudah tentu tidak mahu melihat bos mereka sekali lagi ‘berputih mata.’

Bak kata pemimpin Amanah, Khalid Samad – semasa PRU-14, PH tidak yakin menang dan ramai bersetuju memilih Mahathir sebagai PM semasa proses Anwar keluar dari tirai besi.

Namun apa yang berlaku selepas Anwar menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pun – Mahathir masih teragak-agak melepaskan jawatannya atas pelbagai faktor dan alasan.

Kali ini, takkan Anwar yang sudah menerajui pakatan pembangkang mahu melihat ia sekali lagi berlaku walaupun menyedari tanpa bantuan Mahathir, PH tak dapat menjatuhkan Muhyiddin.

Apa yang pasti, mereka saling perlu-memerlukan lagi kali ini dengan nama PH Plus walaupun ada luka lama berdarah kembali.

Anwar dikatakan ‘marah-marah’ dengan Mahathir selepas PN -yang mereka dakwa kerajaan ‘tebuk atap’ merampas kuasa.

Persoalannya, sanggupkah Anwar ‘berlapang dada’ lagi jika Mahathir dipilih menjadi PM atau sanggupkah Mahathir melihat Anwar benar-benar menjadi PM di depan matanya?

Lagipun ada sumber-sumber tertentu mengandaikan apa yang berlaku sekarang (kerajaan PN) adalah muslihat Mahathir sendiri yang tidak mahu kerajaan ada Anwar dan DAP.

Ia juga sinonim dengan kerajaan Melayu yang diimpikannya dan cerita sebenar di sebalik Kongres Melayu tempohari. Wallahualam!

Tapi realitinya Mahathir sekarang menentang kerajaan Muhyiddin termasuk tindakan undang-undang dilakukan. Ironinya Anwar pun pernah melakukan perkara yang sama semasa dipecat zaman Mahathir namun tewas di kamar mahkamah!

Satu lagi, adakah pihak istana melihat wajar kerajaan dirampas lagi dengan ada majoriti mudah? Jika ia berlaku, apa jaminan kerajaan akan dirampas lagi dari PH sekiranya ada seorang dua ahli parlimen ‘melompat’ ke PN?

Selain itu, dalam keadaan negara tertekan dengan penularan Covid-19 dan ‘kekeringan kantung’ sekarang – adakah kita rela menanggung lagi kemelut politik yang tidak berkesudahan.

Langkah terbaik memang dengan membubarkan Parlimen namun sanggupkah kita menerima kluster PRU-15 pula meningkatkan semula bilangan pesakit Covid-19?

Satu lagi, takkan geng Muhyiddin berdiam diri melihat sahaja rakan-rakan pembangkang bertindak, mereka mesti ada jalan keluar menanganinya.

Mereka tahu jika tetap mahu diadakan PRU-15 dibuat, situasi sekarang akan menyebelahi PN bukan PH buat masa ini.

Dalam PH krisis antara Mahathir dan Anwar masih ada babak belum selesai dan jika PRU-15, sudah tentu Barisan Nasional dan Pas menjadi dominan – tanpa geng Muhyiddin pun Muafakat Nasional boleh jadi kerajaan.

Hendak marah tak boleh kerana memang tugas orang politik berpolitik dan mereka penggubal dasar dalam sistem yang ada di negara ini walaupun rakyat sudah muak macam mana sekalipun.

Apa pun, kita berharap sangat apa sekali pun berlaku – jangan abai rakyat dan jangan menjadikan mereka mangsa keadaan. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. Patut pun 2 2 gila jawatan..sorang atuk 95..sorang lagi gelaran aljuburi..bekas banduan gila jadi PM5,6,7 & 8..huu..huu

  2. Pergilah main Teng-Teng. Itu yang selayaknya buat Lahanat Negara ni. Semua Gila ada kat Mangkuk 2 orang ni

  3. Rakyat tidak lupa Ada Lubang dihuni SEEKOR ULAR yang mematuk “orang itu” tahun 1998 hingga lumpuh. Selepas agak pulih “orang itu” berkhayal dan diperdaya ULAR tersebut dengan lidahnya demi “menyuburkan keluarganya”. Kini ular itu BESAR dan panjang umur kini sedang membesarkan ANAKnya untuk terus mematuk demi survival.
    Yang KELAKARnya “orang itu” pula bagai “menyerah kepala serta jiwa raga” untuk terus menjadi “santapan ULAR YG TERAMAT KENYANG” itu.
    JENIS apa “orang itu”? Adakah dia ketagih atau adakah dia sudah mereng untuk dipatuk kali ketiga oleh ULAR yang sama?
    Susah nak dapat kes sebegini dalam dunia jika adapun mungkin orang Rohingya yang tidak ada sifat dan rasa jemu atau SERIK.

  4. Sudah-sudah laa wahai atuk dan Anwar, jangan sampai rakyat menyumpah seranah kamu dan keturunan kamu selama-lamanya, negara sekarang ini makin stabil tanpa kamu dan Dap, berilah rakyat kembali bernafas dengan tenang setelah cemas negara hampir dilingkupkan oleh bangsa D4P dan PH selama 22 bulan sebelum ini.

  5. Anwar jadikan dirinya bahan lawak lagi. Badut politik yang nak jadi PM. Dia dengan tukang karut nya si tua kutuk itu sedang melakonkan pementasan calon PM 9. Tapi di akhir skrip si tua kutuk rahsiakan penghujung lakonan yang dia sebenarnya yang akan jadi PM9. Kesian badut ni angan angan nya kecundang lagi. Lupakan lah nuar. Lepas si tua ni anak di.a pulak jadi PM. Kelakar dan satu dunis terhibut dan gelak.

  6. fokus pada pulihkan ekonomi….team kerajaan yg ada cukup pengalaman utk selamatkan negara…tak payah ubah…

  7. rupanya mahadir menerima pembalasan dari apa yang telah ia lakukan dahulu. bagus lah balas awal didunia boleh jadi pengajaran untok orang lain.

Comments are closed.