KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes seorang remaja didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tiga tahun lalu, bahawa dia bersama tertuduh dan beberapa rakan menghisap ganja sebelum kejadian itu.
Saksi pembelaan ketiga, Imran Fazley Abu Bakar, 19, berkata enam rakan termasuk tertuduh, datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menunggang motosikal ke sebuah pondok di Taman Balak, Datuk Keramat, di sini, untuk menghisap ganja antara jam 1 hingga 2 pagi 14 September 2017.
“Sebelum bergerak ke Taman Balak, saya menunggu abang saya pulang daripada berniaga di pasar malam Sentul untuk bersama-sama pergi ke sana (Taman Balak) kerana ganja ada pada dia. Kami (lapan orang) kemudian sama-sama bergerak ke pondok itu dengan menunggang motosikal.
“Kami tiba di pondok itu bersama-sama, namun dua rakan saya, iaitu Shahrul dan Haikal beredar ke tempat lain. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam, Mohd Haijan Omar yang mewakili remaja itu pada perbicaraan kes bela diri remaja berkenaan, hari ini.
Imran Fazley yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, mereka berada di pondok berkenaan kira-kira 20 minit sebelum melepak di sebuah warung di taman berkenaan.
Katanya, ketika berada di warung itu, Shahrul dan Haikal kembali menyertai mereka dan selepas berbincang mereka semua ke pusat snuker kecuali Haikal.
Mohd Haijan: Lepas itu kamu pergi mana?
“Kami semua balik ke rumah saya jam 4 pagi. Saya, abang, tertuduh dan seorang lagi rakan kemudian pergi semula ke pondok itu untuk menghisap ganja pada jam 4.28 pagi,” katanya yang membantu ibunya berniaga nasi ayam.
Pada 28 Januari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja terbabit membela diri atas pertuduhan itu, manakala rakannya yang berumur 19 tahun dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan sama.
Remaja berkenaan yang kini berumur 19 tahun telah memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada 2 dan 3 Mac lalu.
Dua remaja lelaki yang ketika kejadian berumur 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini, antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi 14 September 2017.
Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001, namun boleh digantikan dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok untuk pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim. – BERNAMA
Hmmm.. ini semua strategy peguambela la ni. Last2 lepas dr cas bunuh dengan niat tukar akta lain, sabotaj hingga sebab kan kematian atas alasan pelaku hilang waras masa buat. Sanggup depa lepaskan pembunuh?
Penjara je anjing2 tu …anjing2 keturunan indo mmg jahat pun..