KUALA LUMPUR – Isu kenaikan bil elektrik nampaknya masih belum reda meskipun Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berulang kali menjelaskan kaedah prorata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac hingga April lalu.

Terbaharu pelakon Fezrul Khan menerusi Instagramnya meluahkan kekecewaan kepada TNB apabila menerima bil berjumlah RM1,943.50.

Beliau juga tidak berpuas hati kerana hanya mendapat potongan pada kadar 2 peratus sahaja.

“Dah macam duduk dekat negara yahudi macam ni harga @tenaga_nasional . Syabas bayar memang kena bayar sikit-sikit tapi harga tu fuiyooo memang buat duit betul TNB.tepuk skit.

“Diskaun 2% je hahaha gurau ke? Kalau dah kerja semua bawak ke rumah memang naik la bill, lagi banyak eletrik pakai. Lagi sikit diskaun 2% kelakar sangat ni, lagi kurang eletrik pakai diskaun sampai 50%. Tak masuk akal,” tulisnya.

Beliau berkata, sepanjang PKP kerja rakaman dilakukannya di rumah menyebabkan beliau perlu menggunakan komputer dan memastikan penghawa dingin sentiasa dipasang untuk menyejukkan ‘server’.

“Sebab kerja guna komputer untuk recording (rakaman) kena bawa balik rumah, jadi komputer kena sejuk tak bole panas macam bilik server kene guna aircond (penghawa dingin), kalau tidak hang dan jam. Jangan bandingkan komputer aku dengan komputer korang yang buat surat , hantar email, main game okay,” katanya lagi.

Meskipun sedar beliau perlu melunaskan bil elektriknya namun dia berharap agar TNB berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Saya beri diskaun 20% kepada penyewa rumah selama 3 bulan bawah pkpb. Janganlah cekik rakyat pihak tnb.

  2. TNB patut kena boikot. Rakyat kena belajar hidup tanpa letrik, guna minyak tanah, tenaga solar atau balik semula ke zamsn batu, pakai cawat tanpa seluar dalam….senang main….

Comments are closed.