KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak lapan sen seliter kepada RM1.56 dan RM1.86 seliter bagi tempoh 13 Jun sehingga 19 Jun 2020.
Manakala harga runcit diesel pula meningkat sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.73 seliter, kata Kementerian Kewangan.
”Kenaikan ini adalah dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette