Pembukaan pusat urut dan refleksologi yang dikendalikan orang kurang upaya (OKU) dijangka diketahui minggu depan selepas dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Langkah itu adalah bagi mengetahui berkenaan Prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunapakai, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, SOP itu ketika ini masih diteliti dan diperkemaskan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).