Barisan pengamal media dan wartawan memainkan peranan utama sebagai barisan hadapan dalam memberikan maklumat sahih serta memerangi berita palsu berkaitan Covid-19.
Ini termasuklah tugasan yang dijalankan oleh wartawan, jurugambar, jurukamera di lapangan dan pelbagai petugas di studio misalnya penyunting, petugas media sosial dan sebagainya, akui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.