KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Mengesahkan perkara tersebut menerusi Twitter, Yeoh memberitahu, beliau dipanggil ekoran ciapannya yang mempertikaikan status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.
“Saya telah dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi keterangan bagi siasatan mengenai tweet ini.
“Sekarang ini, tanya soalan pun tak boleh. Sidang Parlimen bulan Mei juga tak diberi peluang tanya soalan. Roadmap ini hasil kerja kuat pentadbiran bawah PH @drwanazizah,” tulisnya.
Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan masa dan tarikh dipanggil memberikan keterangan.
Untuk rekod, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Siti Zailah Mohd Yusoff telah menjelaskan pertikaian Yeoh tentang keterbukaannya dengan dasar sedia ada kerajaan Perikatan Nasional.
Ia termasuk usaha melaksanakan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.
Pelan tersebut dilancarkan pada 16 Januari 2020 oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ia merangkumi tujuh objektif, 17 strategi dan 58 program dan sudah dirangka sepanjang pelaksanaannya dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu sehingga 2025.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan polis memanggil Ahli Parlimen DAP itu untuk mengambl keterangannya.
Beliau berkata Hannah diminta hadir di Bukit Aman pada 26 Jun 2020.
Difahamkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) akan merakam keterangan wakil rakyat itu. -MalaysiaGazette
Polis bukit aman saja nak berkenalan dengan awak. Kalau tak bersalah apa nak takut?
In philosophy and psychology there is a saying that goes this way, “the face is the image of the soul”(Wajah itu adalah pantulan/paparan akan hal keadaan jiwa seseorang”. Lihat wajah Hanna Yeoh anda boleh buat tafsiran tersendiri. Lihat wajah DSN yang begitu banyak sekali dilanda masalah, diaibkan oleh PH dan media antarabangsa.Akan tetapi beliau tetap tenang dan sabar dalam mengharungi segala fitnah dan tohmahan terhadap beliau sekeluarga. Dalam masa yang sama, bandingan muka beliau dengan muka Mahathir, Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain lagi dalam PH. Kata orang, kalau tak salah tak perlu marah, maki-hamun, gelabah dan sebagainya. Dalam bahasa Inggeris ada pepatah yang mengatakan “If you talk the truth, you don’t have to remember anything”. Cuba dengar komen-komen pemimpin PH dalam media. Biasanya mereka tak tenang dan banyak U-Turn, pergerakan mata tak betul, bahasa tak lancar, dan lain-lain lagi. Semuanya menunjukkan bahawa rata-rata pemimpin PH berusaha untuk menyembunyikan sesuatu daripada diketahui oleh rakyat. The rest is yours, use this criteria to judge people when they talk. This is what the psychologists,policemen and forensic investigators do to detect a liar or a criminal.
Bagus penjelasan Universal Man.
Mungkin sebab dis tak kawin. Kalau ada perempuan bawah umur kawin dia stress sebab tak dapat rasa nikmat ikan linang atau mungkin dia pun nak tau penangan nikmat tongkat ali. Entah lah. Tak taulah. Cuba carikan dia ustaz untuk dikawinkan dengan dia. Baru dia tak meracau. Nikmat malam pengantin boleh ubat jiwa dis.
kapala buttow lu kija kuat,
lu cakap sama org gila pun org gila ludah lu punya muka,
manyak kuat sembang