KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO melihat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diganggu oleh Pakatan Harapan (PH) yang secara berterusan memainkan sentimen keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan, susulan itu, sayap UMNO itu merasakan PRU-15 mungkin tidak dapat dielak walaupun belum cukup sepenggal Parlimen kali ini.
“Kita tak boleh elak berhadapan dengan PRU-15 dan Pemuda perlu bersiap sedia, bukan kerana kita nak. Kalau boleh isu Covid-19 dapat diselesaikan, kalau habis penggal lebih baik.
“Tapi lantaran berterusan gangguan dan desakan daripada pembangkang terutama PH yang tidak putus-putus dan tidak berhenti ganggu kestabilan kerajaan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato’ Onn, hari ini.
Terdahulu, Asyraf menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kira-kira jam 8 malam tadi.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya bersedia menggerakkan jentera ke seluruh negara sekiranya Perdana Menteri tiada pilihan lain untuk menangani kestabilan kerajaan termasuk membubarkan Parlimen.
“Kalau ditakdirkan Perdana Menteri bubarkan kerana tiada pilihan lain atau terbubar kerana undi tak percaya sebagainya Pemuda UMNO akan mula untuk menggerakkan jentera kita di seluruh Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Kamu semua puak2 awal yg terus menerus mengganggu kestabilan kerajaan PH dgn ditambahkan lgi sabotage dari dlm kerajaan sehingga PENGKHIANATan berlaku.. Tak boleh terima kenyataan & redha dgn ketentuan Allah swt.. klo Iya pun dh nampk kelemahan PH memerintah maka tegur & jadikan ia sbgai kempen kesedaran rakyat bila tiba PRU15 akan dtg tetapi mungkin panas punggung..
PM – Dato Sri Anwar Ibrahim
TPM – Dato Sri shafie afdal
Menteri Kanan kerajaan – Tun Dr. mahatdir
MENTERI KEWANGAN – T.S Mohd Hassan Marican
MENTERI EKONOMI – rafizi
MENTERI KDN – Dato Sri saipudin nasution
MENTERI PERTAHANAN – bekas Panglima / bekas perisikan ATM
MENTERI PENDIDIKAN – Dato mukriz mahatdir
MENTERI perdagangan antara bangsa – Dap
MENTERI ugama Islam – Ahmad awang
MENTERI pengajian tinggi – Dato mazlee malik
MENTERI KPDNK – Mohammad Sabu
MENTERI luar negara – Lim guan eng
MENTERI pengangkutan – Anthony
MENTERI perumahan & kerj tempatan – DAP
MENTERI penerangan – Amanah
MENTERI KESIHATAN – dr. Zulkifle
MENTERI pertanian – Amanah
MENTERI tenaga sumber asli – PKR
MENTERI perpaduan – amanah
MENTERI perlancongan – warisan
MENTERI belia & sukan – PKR
MENTERI wilayah – PKR
MENTERI perusahaan – warisan
MENTERI kerjaraya – IR
MENTERI Alam sekitar – amanah
MENTERI sumber manusia – PKR
MENTERI wanita & keluarga – wan azizah
MENTERI komunikasi – amanah
MENTERI pembangunan luar bandar – warisan
MENTERI pembangunan usahawan – pkr
Gabenor Bank Negara – zeti aktar Aziz
Peguam negara – tun salleh abas
6 lantikan majlis penasihat EKONOMI negara
1- tun mahatdir
2- zeti aktar Aziz
3- Hassan merican
4- Prof Dr Jomo Kwame Sundaram
5- Tun Daim Zainuddin
6- Tan Sri Robert Kuok
5 lantikan majlis penasihat undang2 negara
1- tun salleh abas
2- tan Sri abu kasim Mohammad
3- Tan Sri Zaharah Ibrahim
4- Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
5- Tan Sri Richard Malanjum