Rakyat sudah muak dengan isu politik pembangkang terutamanya isu siapa calon Perdana Menteri di pihak pembangkang.
Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sepanjang tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat langsung tidak mengambil tahu mengenai isu itu tidak pernah selesai semenjak Pakatan Harapan (PH) memegang Putrajaya sehinggalah tumbangkan kerajaan itu pada Februari lalu.
“Cukuplah sehingga hari ini tidak selesai lagi nak pilih calon Perdana Menteri. Kalau itu tidak boleh diselesaikan daripada tahun 1998 rakyat diheret ke jalan raya, dan dalam kancah politik kerana dua individu ini.