Putrajaya tidak akan membayar sebarang pampasan kepada kerajaan Singapura berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dan Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura-Johor Bharu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana penangguhan projek itu adalah persetujuan bersama antara kedua-dua negara.