Dr Mohd Isham Jaafar.

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei Darussalam belum mahu mengisytiharkan kejayaannya dalam mengatasi wabak Covid-19, walaupun sudah 42 hari tanpa kes baru.

Ini kerana jangkitan wabak itu masih berleluasa di negara-negara lain, kata Menteri Kesihatan Dr Mohd Isham Jaafar.

Brunei melaporkan satu lagi kes kematian Covid-19 pada hari Selasa, kes korban ketiga sejak 28 Mac lalu.

Tidak ada kes baru Covid-19 yang direkodkan sekali gus mengekalkan jumlah kes kepada 141 dan jumlah kes yang pulih sebanyak 138.

Kementerian itu menambah tidak ada kes aktif yang masih menerima rawatan di Pusat Pengasingan Nasional dan hanya 31 individu yang dikuarantin dan seramai 2,792 individu telah selesai kuarantin.

Sementara itu, seramai 27.744 pelajar sekolah rendah 5 sekolah rendah dan 779 pelajar tahun 5 dari lima sekolah Arab di seluruh negara kembali ke sekolah semalam pada fasa kedua pembukaan semula sekolah setelah beberapa bulan ditutup kerana wabak Covid-19

Pada hari Selasa lalu, Brunei mengumumkan negara itu belum bersedia untuk membuka sempadan dengan negara-negara jiran dalam masa terdekat dan tidak ada rundingan dengan negara-negara lain mengenai perkara ini, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Mohd Amin Liew. – MalaysiaGazette