KUALA LUMPUR – Gabungan 115 Ilmuwn PhD IPT Malaysia (Gabungan Ilmuwan) bersatu hati menyeru rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada masa sama, mereka menyarankan parti politik blok pembangkang bergabung secara rasmi dalam wadah Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kabinet bayangan untuk berfungsi lebih berkesan dalam memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan PN.
Dalam kenyataan bersama wakil Gabungan Ilmuwan, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong dari UKM; Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah (UNISZA); dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod (UIAM), mereka mahu semua pihak akur kepada sistem politik negara yang berteraskan Kedaulatan Raja-Raja, Keluhuran Perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen.
Menurut mereka, sebolehnya semua pihak hentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik, demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara terpelihara.
Menyedari realiti semasa dalam negara masa kini, katanya, mereka 115 ilmuwan PhD dari 21 universiti awam, empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) telah bersatu hati untuk membuat seruan berkenaan.
Kata mereka, semua rakyat harus menyokong penuh kerajaan sekarang sehingga dikembalikan mandat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mengikut peruntukan ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
“Kita perlu mengangkat tinggi nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan, khususnya identiti nasional kita berlandaskan identiti Melayu-Muslim dipatuhi setiap masa.
“Kami menyarankan PN didaftarkan. Ini bagi membolehkannya berfungsi lebih berkesan dalam mencari penyelesaian kepada segala permasalahan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Pihak berkuasa pula perlu mengambil tindakan tegas menjaga perpaduan dalam kalangan rakyat dan memelihara keamanan serta keharmonian negara, termasuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menghukum penggugat kestabilan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Menurutnya, seruan dan saranan itu dibuat serta dikumpulkan secara sukarela oleh Gabungan Ilmuwan atas kesedaran tinggi mereka, bahawa suara golongan sepertinya mampu mencorakkan hala tuju negara di saat sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.
“Besarlah harapan kami, suara kami dipandang berat semua pihak berkenaan mahupun rakyat, kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia yang menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka.
“Apa-apa persoalan lanjut yang mungkin berbangkit daripada kenyataan media kami ini mohon diajukan kepada kami, Dr. Teo Kok Seong, Prof. Dr. Ridhuan Tee dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal,” katanya.
Gabungan Ilmuwan menyenaraikan 115 ilmuwan PhD itu melibatkan dua Profesor Emeritus, 21 Profesor, 35 Profesor Madya dan 57 Pensyarah Kanan.
Dua Profesor Emeritus itu ialah Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh.
Senarai 21 Profesor ialah Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek, Prof. Ir. Dr. Ahmad Razlan Yusoff, Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, Prof. Datuk Dr. Izaidin Abdul Majid, Prof. Dr. Jamil Hashim, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusof, Prof. Dr. Mansor Mohd Noor dan Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din.
Turut disenaraikan ialah Prof. Datuk Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof, Prof. Dr. Sakri Ibrahim, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, Prof. Dr. Supyan Hussin, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Prof. Dr. Zainuddin Awang, Prof. Ir. Dr. Zulfadzli Yusoff dan Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd Yusoff.
Senarai 35 Profesor Madya ialah Prof. Madya Dr. Abdul Talib Hashim, Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Prof. Madya Dr. Adlina Ab. Halim, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr. Ahmad Zainudin Husin, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Prof. Madya Dr. Azman Ismail, Prof. Madya Dr. Dayang Maryama Ag. Daud, Prof. Madya Dr. Hamidi Ismail, Prof. Madya Dr. Jamal Rizal Razali, Prof. Madya Dr. Mat Zin Mat Kib, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. Mohamad Faisol Keling dan Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh.
Diikuti, Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob, Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Nazir Md. Zabit, Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid, Prof. Madya Dr. Mohd Zahuri Khairani, Kol (B) Prof. Madya Dr. Mohd Zaini Salleh, Prof. Madya Dr. Mohd Zaki Hamzah, Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad Hussin, Prof. Madya Dr. Muhammad Saiful Haq Hussin, Prof. Madya Dr. Mus Chairil Samani, Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun, Prof. Madya Dr. Nik Yusri Musa, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar, Prof. Madya Dr. Saraswathy Chinnasamy @ Sara, Prof. Madya Dr. Saupi Man, Prof Madya Dr. Shukeri Mohamad, Prof. Madya Dr. Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Prof. Madya Dr. Uswatun Hasanah Zaidan dan Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam.
57 Pensyarah Kanan ialah Dr. Abd. Rahim Romle, Dr. Abdul Jalil Ali, Dr. Abdul Syukor Mohamad Jaya, Dr. Abu Zaki Ismail, Dr. Abu Zarrin Selamat, Dr. Ahmad Irdha Mokhtar, Dr. Aliakbar Gulasan, Dr. Arnifa Semawi @ Asmawi, Dr. Azizah Husin, Dr. Azmi Arifin, Dr. Ernie Mat Tokit, Dr. Fadzila Abdul Hamid, Dr. Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, Dr. Fakhrorazi Ahmad, Dr. Ghazali Zainuddin, Dr. Hailan Salamun, Dr. Hamdan Aziz, Dr. Hanif Md. Lateh @ Junid, Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah dan Dr. Kamarul Azman Mohd Khamis.
Dr. Kamarul Zaman Yusoff, Dr. Khairul Anwar Mohamad Khazali, Ir. Dr. M. Effendy Yaacob, Ar. Dr. Mansor Surat, Dr. Mashitah Mohd Udin, Dr. Mohamad Nazri Abdul Halif, Dr. Mohd Adnin Hamidi, Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Dr. Mohd Faizal Abdul Khir, Dr. Mohd Nor Husin, Dr. Mohd Roshdi Hassan, Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi, Dr. Muhammad Azrul Zabidi, Dr. Muhd Sharfi Najib, Dr. Muhd Zuhairi Sulaiman, Dr. Mushaddad Hasbullah, Dr. Najahudin Lateh, Dr. Nasrul Hadi Johari, Dr. Nik Md. Saiful Azizi Nik Abdullah dan Dr. Noor Afiza Mat Razali.
Turut disenaraikan ialah Dr. Noor Hasrul Nizan Mohammad Noor, Dr. Norazli Muhamad Masrup, Dr. Nordin Sakke, Dr. Norfariza Ab. Wahab, Dr. Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah, Dr. Rafidah Hasan, Dr. Raja Hisyamudin Raja Sulong, Dr. Razali Muda, Dr. Rizal Othman, Dr. Samsudin Wahab, Dr. Syarbaini Ahmad, Dr. Syari Jamian, Dr. Tenku Putri Norishah Tenku Shariman, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. Zahrul Akmal Damin, Dr. Zainuddin Omar dan Dr. Zuraidah Zan.
Semua ilmuwan PhD ini adalah pensyarah di 21 IPTA iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Teknologi Mara (UITM).
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia, Johor (UTM), Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia, Perak (USAS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan (USIM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor (UTHM).
Turut serta adalah ilmuwan PhD dari empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS) iaitu Universiti Multimedia, Selangor (MMU); Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Bestari, Terengganu (UCB).
Ilmuwan PhD dari Institut Pendidikan Guru (IPG) juga turut bersama.
Turut sama memberi sokongan kepada Gabungan Ilmuwan itu ialah 15 ilmuwan PhD yang merupakan pensyarah pesara dari pelbagai university, iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah (Pesara UITM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron (Pesara UM), dan Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Pesara UITM).
Tujuh Profesor bersara ialah Prof. Dr. Ab. Aziz Yusof (Pesara UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain (Pesara USM), Prof. Dr. Ismail Ibrahim (Pesara UMS), Prof. Dr. Mansor Ahmad (Pesara UPM), Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani (Pesara UKM), Prof. Ir. Dr. Wan Ali Wan Mat (Pesara UPNM) dan Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff (Pesara UKM).
Lima Profesor Madya ialah Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hussin (Pesara USM), Prof. Madya Dr. Ahi Sarok (Pesara UNIMAS), Prof. Madya Dr. Che Azemi Che Hamid (Pesara UITM), Prof. Madya Dr. Jeniri Amir (Pesara UNIMAS), dan Prof. Madya Dr. Shafaai Musa (Pesara UIAM). – MalaysiaGazette
Adakah ilnuan lain tutup mata dan pekakan telinga?
Makan lah sebanyaknya duniawi
Lupa mandat rakyat dan demokerasi
Hi! don’t forget about me. Please include me. I love Malaysia and its beautiful people. I pray all the while that the poor and ordinary people get the attention of the government and not the corporate capitalists. The Mahathir eras in Malaysia (22yrs. and 22 months) are always helping the rich become super rich and the poor become more poorer. DSN and TSM are good leaderships who like to help Malaysians at all levels regardless of their race and religion. May God prevent the evil, liberal and the Machiavellian type of leaders from PH taking over power. Mahathir and Anwar are a big no, no of becoming the PM of the country. May God forbid that.Muslims in this country must have maruah diri, maruah, bangsa dan maruah Agama. They must co-exist with others who can get along with us. Another very important thing for young people in this country is to search for truth and stand for fairness and justice. During PH’s time in power all that have gone down into the drain. Once again, may God save Malaysia and make Malaysia a great nation in the world.