Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan semula beberapa aktiviti untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sebelum ini dilarang kerana Covid-19 pada 16 Jun lalu.
Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tiga aktiviti antaranya ceramah politik, walkabout dan ziarah rumah ke rumah telah dibenarkan semula.
“Dengan ambil kira Perintah Kawalan Pergerakan Pemilihan (PKPP), maka Prosedur Operasi Standard (SOP) dipinda maka SPR benarkan tiga aktiviti ceramah dan mesti di tempat tertutup.
Jumlah maksima 250 orang tapi tertakluk kepada saiz kawasan. “Aktiviti walkabout pun dibenarkan tapi hanya tiga orang sahaja termasuk calon. Mereka tidak dibenarkan bersalaman.