Tan Sri Musa Aman

KOTA KINABALU – Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menuntut RM872 juta dipercayai hak milik Yayasan Sabah yang hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan meragukan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata tuntutan itu telah difailkan melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Jun lepas.

“Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah mempunyai sebab-sebab kukuh untuk mempercayai bahawa Tan Sri Musa Aman menggunakan jawatannya untuk mengarah anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Rakyat Berjaya Sdn Bhd bagi tujuan perniagaan balak.

“Dalam tuntutan mahkamah itu, kami telah menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang kami tuntut melalui proses perundangan,” katanya dalam sidang media mengenai perkara itu di sini, hari ini.

Turut hadir peguam yang mewakili Yayasan Sabah Datuk Douglas Lind.

Yayasan Sabah yang merupakan pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini, ditubuhkan pada 1966 bagi menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat Sabah serta membantu pembangunan pendidikan negeri.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kah Kah si anak Apdal ni masih tak puas hati..perangai sebijik mcm Atok Medey..hati busuk!

  2. BERAPA PIE BAYAQ SUH JADI BARUA BUAT KES NTAH LA…BANYAK LA TU…
    TAHNIAH ORG SABAH KERANA DAPAT KM SEBIJIK MACAM SAKA TUA LAKNAT SORANG TU..MUNGKIN DIA DAH SERAH SAKA TU KAT KM AGAKNYA,MAKNA KATA,SAKA TUA SEMENANJUNG TU TAK LAMA LAGI MATI LA,.

  3. Bagus. Masuk ja court. Biaq jelas sapa betoi sapa salah. Klu betoi kaki songlap, kita tolak.

Comments are closed.