Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta didakwa milik yayasan itu daripada Musa Aman

Yayasan Sabah memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menuntut RM872 juta dipercayai hak milik Yayasan Sabah yang hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan meragukan.