LONDON – Dalam masa kebanyakan negara di dunia sedang menjalankan proses fasa pemulihan Covid-19 dan mula membuat persiapan membuka semula sempadan negara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran lagi.
Kali ini, pandemik berkenaan dikatakan sudah memasuki fasa baharu dan sangat berbahaya apabila sebanyak 150,000 kes telah direkodkan dalam sehari – satu fenomena luar biasa dan menakutkan, kata WHO.
Para pakar dan saintis juga melontarkan amaran penularan fasa baharu Covid-19 kini sangat agresif dan ‘memecut’ pantas.
Jurucakap WHO berkata, dunia kini berada dalam fasa baharu dan berbahaya menghadapi Covid-19 semasa taklimat secara maya di Geneva semalam.
Tedros Adhanom menambah, Covid-19 masih merebak sangat pantas dan masih mengancam komuniti dunia yang masih terdedah kepada risiko tinggi jangkitannya.
Amaran beliau menyusul selepas sebanyak 150,000 kes positif baharu direkodkan di serata dunia dalam sehari iaitu pada Khamis lalu.
Ia disifatkan sebagai angkat rekod kes baharu tertinggi sejak Covid-19 menular ke serata dunia manakala hampir separuh dari angka itu 75,000 kes didiagnos dari Amerika, dan kebanyakan kes baharu juga dari Asia Selatan dan Timur Tengah.
WHO menggalakkan rakyat untuk mengamalkan kewaspadaan dan penjarakan sosial pada tahap maksimum.
Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menggunakan teknologi mengesan dan menjejaki sebagai elemen penting dalam mencegah rantaian Covid-19 memandangkan banyak negara kini memasuki pemulihan pasca Covid-19.
Setakat ini, kira-kira 8.7 juta rakyat di serata dunia dijangkiti Covid-19 dan lebih 460,000 maut akibat pandemik tersebut.
Bagaimanapun Universiti Johns Hopkins yang mengeluarkan data tersebut bimbang angka sebenar lebih tinggi disebabkan kewujudan kes asimptomatik atau tidak bergejala yang tinggi dan tidak disaring.
Pengarah WHO Rantau Eropah, Dr. Hans Kluge memberi amaran bahawa peluang penularan gelombang kedua Covid-19 pada musim luruh sangat tinggi.
Dalam taklimat baru-baru ini, beliau menegaskan, pihaknya pernah berdepan influenza bermusim dan ada kemungkinan jangkitan bermusim dalam Covid-19 kali ini tetapi tidak pasti sejauh mana kesannya yang bakal diterima dari gelombang kedua nanti.
“Jadi pengajarannya adalah kita perlu mengimplimentasikan apa yang kita tahu (kaedah) berkesan dengan mencari pokok seawal mungkin, isolasi, saring suspek pandemik dan rawat mereka tanpa diskriminasi dan stigma.
Pada masa yang sama kerajaan di seluruh dunia wajib menjejaki dan mengkuarantin kontak (mengesan kontak elemen penting) dan tiada penyelesaian solo.
“Tindakan orang awam mematuhi peraturan larangan pergerakan penting untuk kita memutuskan rantaian covid khususnya niat untuk berkumpul beramai-ramai atau bergerak secara kelompok kecil di luar,” jelas beliau.
Justeru katanya, peluang mengukuhkan lagi kesiapsiagaan dari segi rawatan kecemasan dan sistem penyampaian kesihatan harian.
“ini bermakna kita mengharapkan yang terbaik tetapi bersedia menghadapi yang situasi terburuk penularan Covid-19. Kemungkinan kebangkitan semula Covid-19 seluruh negara, merentasi wilayah, bandar komuniti,” ujarnya.-MalaysiaGazette