KUALA LUMPUR – Kadar hutang langsung negara melonjak kepada RM823.8 bilion berbanding RM686.8 bilion sepanjang tempoh 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Jaminan hutang kerajaan juga naik dari RM238 bilion ke RM280.4 bilion.

Manakala nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dari 48.7% ke 54.4% (iaitu hampir mencecah had statutori hutang 55%).

Datuk Seri Najib Razak berkata, enam bulan pertama tahun 2019, pentadbiran PH telah menambah hutang negara sebanyak RM57.1 bilion.

Menurutnya, hutang naik RM36.6 bilion dalam tempoh Mac-Jun 2019 bawah PH banding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh Mac-Jun 2020 bawah Perikatan Nasional (PN) walaupun kerajaan ini terpaksa lawan krisis Covid-19.

Bagi tempoh dua bulan (Jan-Feb 2020) pertama tahun ini bawah PH pula, hutang juga naik sebanyak RM22 bilion berbanding kenaikan RM12.3 bilion bagi tempoh 4 bulan (Mac-Jun 2020) di bawah PN.

Bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata, sebelum PRU14, hutang negara merupakan antara propaganda utama PH untuk menipu dan menghasut rakyat untuk membencinya dan Barisan Nasional (BN).

Oleh sebab itu, dakwa beliau selepas menjadi kerajaan, PH pinjam lebih banyak dan dengan kadar lagi laju berbanding Kerajaan BN.

”Hutang naik laju dalam masa PH jadi kerajaan kerana mereka berebut-rebut nak capai visi hutang negara benar-benar RM1 trilion supaya propaganda mereka tak nampak menipu sangat,” sindirnya. – MalaysiGazette

3 Komen

  1. Dapat pulak atok kleptokrasi dan oenyangak. Lagi lah. Bodohnya mereka yang sokong dan undi PH.

  2. Najib punyai komen2 yang konstruktif! Economist yang dapat menCONGAK nombor2 dan fakta2 dengan cepat dan cekap! Semua berada dihujung jari!

    MP2 PN perlu ada standard dan kualiti macam ni, bukan KUALITI CAP AYAM macam bekas menteri2 Pakatan Hancing!

Comments are closed.