Nash

KUALA LUMPUR – “Kalau ada wang tetapi tiada bakat pun tidak akan menjadi.”

Itu kata Nasharudin Elias, penyanyi terkenal negara dan juga bapa kepada pemain muda kebangsaan, Aniq Asri mengenai tanggapan sesetengah pihak pelaburan membawa anaknya ke Sepanyol sebagai satu usaha sia-sia.

Aniq merupakan Graduan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dilaporkan bakal ke Akademi FC Malaga City sekali gus memberikan sinar cerah buat perkembangan bola sepak negara.

Aniq Asri

Walaupun ada sesetengah pihak menganggap ia satu pelaburan kosong tetapi Nasharudin atau lebih dikenali dengan nama Datuk Nash menegaskan bakat dan kebolehan dimiliki anaknya menjadi tunjang kepada pemilihan ke kelab berkenaan.

“Apabila menginginkan sesuatu, pelaburan sememangnya diperlukan tetapi ia menjadi perkara kedua. Kami bukan berniaga.

“Apa yang penting, Aniq memiliki bakat dan berminat dengan apa yang dilakukan. Kami hanya berikan galakan untuk dia berbakti kepada negara,” katanya kepada Astro Arena. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast