Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mencabar UMNO supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor terlebih dahulu sebelum membubarkan Parlimen.

Cabaran itu dibuat oleh Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub yang menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Mutakhir ini, semakin ramai pemimpin UMNO yang telah menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“Oleh kerana mereka ini begitu ghairah untuk PRU diadakan, saya ingin mencabar mereka memulakan langkah ini di Johor dulu dengan bubarkan DUN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ADUN Simpang Jeram berkata, ketidakstabilan situasi politik negara telah digunakan oleh pemimpin UMNO untuk mengadakan PRU.

”UMNO dan Bersatu tidak perlu berlengah dan boleh memohon agar Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Buat apa buang masa dan buang duit negara je. Tunggu pru15 jadi bubar semua sekali.

  2. nak bertanding di CINI ….puak PUNAH HARAPAN PAKATAN HANCING pun dah hilang TELOR dan jatuh KEMALUAN hanya MENYALAK kami dah ada NOMBOR EKOR KEPALA utk jadi GILA KUASA.Bagi alasan covid tidak bertanding diCINI…TAPI jadi GILA BABI minta parlimen bersidang 14 HARI MASA covid dan tuding jari PRIHATIN NEGARA takut pula.

  3. Jangan sembanglah, Din. Jangan nanti putih mata atau hilang wang pertaruhan pulak.

Comments are closed.