CEO MyTukar.com

KUALA LUMPUR – Platform perdagangan kereta terpakai, MuTukar.com. menjalinkan bekerjasama dengan CapBay untuk menawarkan program pembiayaan bersepadu kepada peniaga kereta terpakai.

Ketua Pegawai Eksekutif MyTukar .com Malaysia, Fong Hon Sum berkata, program perkhidmatan kewangan peniaga yang inovatif itu, dikenali ‘MyTukar Dynamic Dealership Programme’ bertujuan memberi pembiayaan kepada pengedar sah dengan peruntukan sehingga RM300 juta.

“Kepakaran teknologi CapBay yang mantap dalam melaksanakan pendigitan hujung ke hujung dan pengautomasian proses pembiayaan membolehkan platform penawaran kereta dalam talian mendorong Dealer Management System dengan berkesan.

“Ini seterusnya membolehkan MyTukar menyokong peniaga kereta terpakai dengan ekosistem kewangan yang komprehensif.

“Kami dengan senang hati memperkenalkan MyTukar Dynamic Dealership Programme, perkhidmatan kewangan peniaga yang terbaru untuk menyokong 1,900 peniaga sah kami di platform perdagangan kereta terpakai yang paling pesat berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hon Sum, MyTukar percaya program berkenaan akan mengukuhkan lagi ekosistem pengedar mereka sambil menyokong perniagaan kereta terpakai peniaga.

“Keutamaan kami pada saat ini adalah untuk menyokong peniaga sah kami dalam mengurangkan kesan kewangan dan risiko perniagaan mereka.

“Melalui MyTukar.com, kami bertujuan untuk mempermudahkan proses penjualan kereta pra-milik melalui digitalisasi dan untuk melayani pelanggan kami dengan ketelusan yang lebih baik melalui platform Car Selling dalam talian yang cekap,” ujarnya lagi.

Menurutnya, MyTukar Dynamic Dealership Programme adalah kemudahan perkhidmatan kewangan yang komprehensif yang menyediakan penyelesaian sehenti.

Sementara itu, Pengasas CapBay pula Ang Xing Xian berharap inisiatif berkenaan dapat membantu memulakan dan mempercepat pemulihan pasaran kenderaan terpakai.

Menurut Xing Xian, pihaknya amat gembira kerana penyelesaian kewangannya dapat memberikan sokongan dalam beberapa minit sahaja kepada peniaga kereta pra-kelulusan yang menghadapi tekanan aliran tunai pada masa yang singkat.

Bagi memohon pembiayan, para pelanggan  boleh melayari www.capbay.com/mytukar manakala untuk mendaftar program perniagaan eksklusif MyTukar sila layari https://mytukar.com/dealership-program atau atau hubungi talian +603 5569 0999. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast