Usul tukar Speaker, undi tidak percaya dan percaya pada 13 Julai

Mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersambung pada 13 Julai dijangka dramatik kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan Speaker dan Timbalan Speaker yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Nga Kor Ming.