KUALA LUMPUR – Rakyat tidak perlu merayu-rayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mempermainkan Jata Negara.
Sekiranya jelas terbukti perbuatan itu menyalahi undang-undang maka tindakan perlu diambil, tegas bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
“Jika sudah salah dari segi undang-undang ambillah tindakan. Jangan sampai rakyat pula merayu suruh diambil tindakan,” katanya menerusi Twitter sambil melampirkan ketidakpuasan hati yang disuarakan menerusi media sosial.
Beliau mengulas kontroversi yang tercetus apabila kulit sebuah buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia’ mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang telah diubah suai.
Untuk makluman, wajah kulit depan buku itu turut dikongsi di pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books.
Tindakan penerbit yang mengubah suai Jata Negara itu menimbulkan kegusaran orang ramai kerana menganggapnya melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000.00 jika sabit kesalahan terhadap individu melakukannya. -MalaysiaGazette
Kandungan juga yang pasti penuh dengan fitnah dan hasutan. Siasat dan ambil tindakan sekarang sebelum lebih biadap.