Donald Trump. foto Agensi

TEHRAN – Iran telah mengeluarkan waran tangkap dan meminta Interpol membantu menahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan individu lain yang dipercayai melakukan serangan dron menyebabkan jeneral kanan Iran di Baghdad terbunuh, kata seorang pendakwaraya tempatan.

Ketika Trump tidak berhadapan risiko ditahan, dakwaan itu menunjukkan ketegangan hubungan antara Iran dan AS sejak negara tersebut menarik diri daripada rundingan nuklear dengan Tehran.

Pendakwaraya Tehran, Ali Alqasimehr berkata, Trump dan lebih 30 individu lain yang mana Iran mendakwa pembabitan mereka dalam serangan 3 Januari lalu menyebabkan Jeneral Qassem Soleimani terbunuh di Baghdad menghadapi ‘tuduhan membunuh dan keganasan’,” lapor agensi berita, IRNA.

Alqasimehr tidak mendedahkan identiti yang lain tetapi menekankan bahawa Iran akan terus melaksanakan pendakwaannya selepas tempoh perkhidmatan Presiden itu tamat.

Interpol yang berpengkalan di Lyon, Perancis tidak mengulas yang dipinta.

Alqasimehr dipetik berkata, Iran memohon ‘notis merah’ ke atas Trump dan individu lain, yang merupakan permintaan penahanan peringkat tertinggi Interpol, lapor AP.

Pihak berkuasa tempatan akhirnya akan membuat penahanan bagi pihak negara yang mdembuat permohonan. Notis tersebut tidak memaksa sesebuah negara menahan atau menghantar suspek, tetapi ia membolehkan pemimpin kerajaan menghadkan perjalanan suspek.

Selepas menerima permohonan, Interpol akan menemui sebuah jawatankuasa dan membincangkan perkara itu sama ada mahu berkongsi maklumat dengan negara anggota.

Interpol tidak diperlukan untuk membuat sebarang notis awam, walaupun terdapat notis yang disiarkan di laman sesawangnya.
Hampir pasti Interpol tidak akan meluluskan permintaan Iran kerana garis panduan notis itu melarang ia daripada ‘melakukan sebarang campur tangan atau aktiviti politik’. – Agensi