KUALA LUMPUR – Sebarang kombinasi parti politik untuk memulihkan mandat rakyat mesti melibatkan parti-parti komponen asal ‘Pakatan Harapan Plus’ yang telah mendapat undi dan sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei 2018.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan dan Naib Pengerusi DAP, M.Kula Segaran dalam satu kenyataan bersama hari ini menegaskan, parti-parti asal itu terdiri daripada Amanah, DAP, PKR, Warisan dan Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tidak boleh ada sebarang perjanjian atau cubaan untuk membuat perjanjian dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, konspirator utama rampasan kuasa Langkah Sheraton.
“Sebarang perkiraan yang melibatkan Hamzah, tetapi menyampingkan Warisan dan kumpulan Dr Mahathir adalah tidak boleh diterima dan tidak berasaskan prinsip.
“Adalah penting bagi parti-parti PH Plus untuk mencapai kesefahaman tentang siapakah musuh sebenar. Amanah dan DAP berpegang bahawa Warisan dan kumpulan Dr Mahathir dalam Bersatu bukanlah musuh.
“Sebaliknya mereka adalah sekutu dalam perjuangan menentang gabungan kleptokratik Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan terdapat kerjasama politik berkenaan PH Plus apabila Hamzah dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan di Sabah.
Pertemuan itu diakui oleh kedua pemimpin tersebut, namun mereka menafikan berlaku sebarang kerjasama atau perjanjian.
Salahuddin dan Kula sebaliknya mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hazmah sebagai dalang jahat di sebalik rampasan kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Langkah Sheraton.
“Mereka ini merencana rampasan kuasa demi membebaskan pemimpin UMNO daripada pendakwaan rasuah dan memberi talian hayat kepada pentadbiran kleptokratik yang dibantah tegas oleh rakyat Malaysia dalam PRU14,” katanya
Kenyataan itu menafikan bahawa PH Plus tidak pernah mengadakan rundingan mahupun perbincangan dengan tiga pemimpin utama Langkah Sheraton itu untuk membentuk PH Plus.
“Justeru itu, tidak boleh ada sebarang rundingan pembentukan kuasa dengan kumpulan pemimpin ini.
“Kami ingin rakan-rakan mengetahui siapa sebenarnya kawan dan lawan. Kegagalan membezakan antara kawan dan lawan akan membawa kita ke arah kehancuran yang tidak terbendung,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Konon. Madey tu amalkan kleptokrasi 22 tahun melibatkan 100 nillion ringgit. Kau pandang macam dewa rsmayans pulak. Auta keling betul si kula ular senduk ni
. Pooiii.