Kult buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan.

Pemuda Negara Wilayah Persekutuan yang mengecam tindakan buku yang dikarang oleh Kean Wong berkata, tindakan dengan kadar segera itu perlu supaya kes seumpama ini tidak berulang lagi.

”Penerbitan buku bertajuk “Rebirth” yang dikarang oleh Kean Wong yang mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang sudah diubah suai jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada negara,” kata Ketuanya, Adi Ikmal Isa.

Apatah lagi, tindakan itu jelas melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Siapa tak suka Malaysia boleh PERGI Australia, France atau Canada!

    DISANA KEBEBASAN TIADA BATASAN!

  2. Jom ramai2 BOIKOT taman2 tema, hotel2, kedai2 dan produk2 KOMUNIS ni!

    Sudah ada banyak alternatif!

Comments are closed.