KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) tidak menolak kemungkinan penerbitan buku yang menggunakan logo mirip Jata Negara diubahsuai  mempunyai kaitan dengan beberapa pemimpin DAP.

Sehubungan itu, presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara yang boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat.

“Terdapat beberapa pemimpin DAP semasa majlis pelancaran buku itu.

“Jadi kenapa nak menaikkan kemarahan orang Melayu.

“PDRM dan SKMM, siasat sampai ke akar umbi, tangkap dan beri hukuman setimpal dan keras kepada penghina-penghina yang menaikkan kemarahan rakyat.

“Politik…politik lah, guna politik yang bagus, haramkan terus buku itu dan bagi hukuman keras kepada penghina Jata Negara ini supaya jadi pengajaran kepada lain-lain,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Pelancaran buku yang menggunakan logo mirip Jata Negara diubahsuai didakwa dihadiri oleh beberapa pemimpin DAP

Terdahulu Abdul Rani Kulup membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat dan penerbit buku yang mengiklankan sebuah buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia”.

Buku suntingan penulis, Kean Wong mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang telah diubahsuai sebagai penghias muka hadapan.

Lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau, selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Abdul Rani Kulup turut mendakwa, penerbitan buku itu bukan sahaja menghina Jata Negara bahkan ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

“Kenapa engkau buat buku, engkau nak edit gambar masuk Jata Negara sebagai kulit buku.

“Dia nak bagi orang baca, tak puas hati institusi diRaja dan pemerintah Malaysia,

“Kalau engkau tak puas hati, engkau nyah dari Malaysia ini lagi baik daripada engkau menaikkan sentimen perkauman.

“Nak ajak orang bergaduh ker? Engkau nak ajak orang Melayu, Cina dan India bergaduh ker?” katanya.

Sambil menyindir, Abdul Rani Kulup mahu penerbit meletakkan mukanya sebagai kulit buku terbabit.

“Tak ada apa lagi engkau nak hina, Jata Negara, kulit buku engkau itu, engkau letak Rani Kulup pun dah laku tau.

“Tak payah letak lain, seluruh rakyat Malaysia buat laporan biar pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Mana mat sabu,mujahil,khalid samad,pudin puduraya,lks,lge dmana.harap KDN,PDRM do ur job.
    Rakyat sdh nk muntah dan menyampah dgn virus Dapigs

  2. Rakyat duk perati jer ni sama ada KDN & Peguam Negara akan ambil tindakan…kalau tak bertindak, kerajaan PN tunggu jer la Pilihanraya rakyat tolong bungkuskan

  3. Rani Kulup mesti tersilap nih. DAP tak mcam tu la.. Tun M kan dah kata DAP dah berubah jd baik. Bes pren Tun M kottt.. xkannnnnn lah DAP nak buat gitu kannnnnn

Comments are closed.