Platform e dagang Live Cell (LC) Mart.

KUALA LUMPUR – Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) tidak perlu bimbang jika ada produk mereka sukar dipasarkan kerana tidak mampu menyewa kedai atau kurang bajet untuk iklan.

Ini kerana mereka boleh menggunakan platform e dagang Live Cell (LC) Mart yang memberi peluang untuk memperkenalkan produk dengan pengiklanan percuma bukan sahaja dalam negara malah antarabangsa.

LC Mart dibangunkan anak tempatan oleh LiveCell International Research SDN BHD, milik penuh PH Empire Holding Berhad.

Pengarah Urusan Kumpulan PH Empire Holding Berhad, Mohd Halmi Mohd Saleh berkata, LC Mart atau di alamat system.livecell2u.com/LCStore bakal dilancarkan sepenuhnya Julai nanti menyasarkan lebih 100,000 peniaga termasuk dari Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Mohd Halmi Mohd Saleh

Katanya, menerusi platform itu, peniaga dari luar negara tidak perlu membuka kedai di Malaysia, begitu juga peniaga tempatan tidak perlu membuka kedai di luar negara.

“Setiap peniaga akan diberi satu kedai online dan diberi peluang untuk melontarkan kreaviti masing-masing supaya ia menarik perhatian pengunjung.

“Apa yang menariknya, menerusi keahlian dalam LC Mart, peniaga tidak bergantung sepenuhnya kepada produk mereka sahaja mereka boleh membantu memasarkan produk ahli lain dan mendapat komisen menerusinya.

“Kurangnya persaingan akan membantu PKS untuk bertahan lama, beza yang tiada di tempat lain, berbeza dengan platform lain yang tidak menekankan masa depan peniaga apabila lambakan berlaku,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, tiga konsep penting platform itu adalah pembeli, vendor iaitu peniaga dan LC Mart sebagai syarikat.

“Syarikat boleh berhubung terus dengan pembeli dan vendor. Syarikat sebagai hub untuk mendapatkan pelanggan dan mengawal trafik pembelian atas talian.

“Vendor dikehendaki memastikan pesanan tiba kepada pembeli dalam tempoh 14 hari sebelum wang pembeli dilepaskan kepada vendor.

“LC Mart menggunakan sistem Bank Negara FPX bagi melindungi wang pembeli, barang wajib sampai dahulu dalam keadaan baik sebelum duit dilepaskan,” katanya.

Tambah beliau, peniaga yang berjaya dalam kaedah ini akan mendapat pangkalan data lagi besar serta logo Best Seller.

“Ketika ini LC Mart sudah mendapat lebih 1,000 ejen pemasaran produk kesihatan Live Cell untuk menyertai platform ini.

“Bagaimanapun penyertaannya dibuka kepada orang ramai dan tidak perlu sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menyertainya.

“Cara mudah untuk ke peringkat antarabangsa tanpa perlu risau mengenai cukai dan sebagainya.

“Apa yang kita boleh belajar daripada AliBaba ia menggalakkan ekonomi negara kerana membantu aliran wang luar masuk ke dalam negara,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast