Dr Mizan Mohammad Aslam

KUALA LUMPUR – Kapal yang membawa pelarian masuk ke Indonesia dan Thailand dipercayai sebagai transit ke Malaysia untuk mengaburi mata penguat kuasa.

Penganalisis Kajian Strategik dan Keselamatan Negara, Prof. Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata demikian mengulas laporan sebuah kapal yang membawa pelarian Rohingya diselamatkan di Aceh baru-baru ini.

Katanya, sejumlah pembayaran dibuat kepada ejen sindiket di Indonesia, mereka akan ditempatkan di kawasan tertentu sebelum dibawa masuk ke Malaysia setelah semua persediaan dilakukan dan pelbagai pihak telah ‘dibeli’ oleh sindiket ini.

“Masuk secara haram ke Malaysia jauh lebih mudah jika menggunakan transit Thailand dan Indonesia kerana banyaknya laluan tikus yang ada dan mendapat ‘bantuan berbayar’ dari pebduduk tempatan. Contoh kes kem penyeludupan Wang Kelian, Perlis dulu.

“Menurut sumber sindiket tahu sempadan Malaysia amat senang ditembusi, senipis kulit bawang, bayar sahaja individu-individu tertentu dan mereka akan dapat dibawa masuk,” katanya.

Tambah Dr. Mizan, kelompok pelarian Rohingya datang dari kem-ke pelarian di Teknaf, Lutupalong dan bukan dari wilayah berkonflik.

“Ini sebenarnya mengesahkan bahawa mereka dieksploitasi oleh ejen dan sindiket untuk keluar dari kem dan dibawa ke Malaysia.

“Ya, bantuan Malaysia perlu ada hadnya, kebaikan kita telah di ambil kesempatan oleh pelbagai pihak.

“Tindakan membocorkan kapal dan merosakkan enjin bot yang membawa pelarian di Langkawi baru-baru ini membuktikan bahawa sindiket memang menjadikan kumpulan ini sebagai sasaran untuk masuk ke Malaysia,” katanya.

Hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan jangkitan Covid-19.

Difahamkan, kira-kira 94 pelarian terbabit termasuk 30 kanak-kanak yang berlayar menggunakan bot kayu ditemui rosak oleh nelayan pada minggu ini, sebelum dipintas pegawai maritim dari Pulau Sumatera yang menarik mereka ke pantai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Haram kn dan sekat drpada pati masuk ke ngra kita..udah2 lh buat baik pd mnusia yg tak pernah nk bersyukur n berterima kasih..

  2. Sesiapa penguatkuasa yang dibayar untuk beri laluan pati ini adalah pengkhianat dan mesti dipecat serta merta dan dihukum.

  3. Tindakan tegas tanpa mengira latarbelakang terhadap mereka yang terlibat dengan kemasukan pendatang haram ke Malaysia termasuk juga kepada mereka2 yang melindungi serta menggaji pendatang2 haram di dalam NEGARA.

    Undang2 Immigresen kita dah cukup Dan almost 100% Sempurna, tak payah nak gubalkan undang2 baru.

    DPP MESTI meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksima. Jangan biarkan negara digadai Dan undang2 kita diperlekehkan. You have to be cruel to this small numbers of bastard inorder to be kind to other Malaysians.

Comments are closed.